• Beribadalah kamu sampai datang "Haqqul Yakin" (kematian)
Kamis, 30 Oktober 2025

Hammad bin Zaid

Bagikan

Lahir pada tahun 98 H dan meninggal dunia pada 179 H. Beliau ialah Hammad bin Zaid bin Dirhm, hamba yang dibebaskan daripada keluarga Jarir bin Hazim al-Jahdami. Kuniyahnya ialah Abu Isma’il. Diriwayatkan daripada ibunya bahawa dia lahir ketika kekhalifahan Umar bin Abdul al-Aziz, dan diriwayatkan dari pengasuhnya bahawa dia dilahirkan ketika kekhalifahan Sulaiman bin Abd al-Malik.

Abdul Rahman Ibn Mahdi berkata: “Tokoh-tokoh ulama’ bagi manusia pada zaman mereka ada empat orang: Al-Thauri, Malik, al-Auza’ie dan Hammad bin Zaid.” Beliau turut menyebut: “Tidak pernah aku melihat seorang pun yang lebih cerdik dan pintar daripada Malik.” Ibn Mahdi juga menyebut: “Para imam ahli hadis yang patut diteladani adalah empat orang: Sufyan al-Thauri di Kufah, Malik di Hijaz, al-Auza’ie di Syam dan Hammad bin Zaid di Basrah.” (Lihat Tartib al-Madarik wa Taqrib al-Masalik, 1/153)

Kata Ibn Hibban: “Beliau adalah salah seorang penghafaz yang cerdik dan dari kalangan orang-orang yang soleh. Dia boleh membaca semua hadith yang dia ceritakan berdasarkan ingatan, sedangkan dia buta.”

Antara gurunya ialah Ayyub al-Sakhtiyani, Zaid bin Dirham (bapanya), Thabit al-Bunanti, Abdullah bin Tawus, Ata’ bin al-Sa’ib, Amr bin Dinar al-Makki, Abu Amr bin al-’Ala’ al-Nahwi dan ramai lagi. Antara muridnya pula ialah al-Asy’ath bin Ishaq al-Sijistani, Sufyan al-Thauri, Abdullah ibn al-Mubarak, Sufyan bin Uyainah, Abd al-Rahman bin Mahdi, Ali bin al-Madini, dan ramai lagi.

Sumber : https://zulkiflialbakri.com/4139-perbezaan-antara-tokoh-hammad-bin-zaid-hammad-bin-salamah-dan-hammad-bin-abi-sulaiman/

Luas Tanah+/- 740 M2
Luas Bangunan+/- 500 M2
Status LokasiWakaf dari almarhum H.Abdul Manan
Tahun Berdiri1398H/1978M